PANDUAN PENDAFTARAN MDA ESTABLISHMENT LICENSE DI MALAYSIA
1. Pengenalan
Di Malaysia, semua syarikat yang terlibat dengan aktiviti berkaitan peranti perubatan seperti pengilangan, pengimportan, pengedaran atau pengeksportan diwajibkan berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA) di bawah Medical Device Act 2012 (Act 737).
Sebelum sesebuah syarikat boleh memohon Establishment License, syarikat tersebut mestilah terlebih dahulu mendapatkan pensijilan Good Distribution Practice for Medical Devices (GPDMD) daripada badan pensijilan berdaftar.
BAHAGIAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN GPDMD
GPDMD adalah keperluan mandatori bagi pihak seperti:
-
Authorized Representative (AR)
-
Importer
-
Distributor
STEP 1: Tentukan Skop Aktiviti Syarikat
Kenalpasti peranan syarikat:
-
Adakah sebagai Authorized Representative (AR)?
-
Importer?
-
Distributor?
-
Atau kombinasi?
Skop ini akan menentukan keperluan dokumentasi dan audit. Untuk makluman, setiap pilihan diatas adalah mewakili lesen berbeza. Setiap aktiviti yang dipilih memerlukan permohoan lesen yang berasingan.
STEP 2: Bangunkan Sistem Kualiti GPDMD
Syarikat perlu membangunkan sistem kualiti berdasarkan garis panduan GPDMD yang merangkumi:
-
Regulatory Compliance Manual (RCM)
-
SOP kawalan dokumen
-
SOP kawalan rekod
-
SOP pengendalian aduan
-
SOP Field Safety Corrective Action (FSCA)
-
SOP penyimpanan & pengedaran
-
SOP kawalan pembekal
-
SOP pengendalian produk rosak / dipulangkan
SOP latihan kakitangan
SOP Sistem Vigilance (Pemantauan)
SOP Post Market Surveillance
SOP berkenaan Peralatan Berasaskan Elektrik
-
Risk management untuk aktiviti pengedaran
Terdapat penambahan dokumen kepada SOP diatas bergantung kepada syarikat dan produk dan servis.
Ingin pertanyaan lanjut? Sila QR untuk penerangan one to one.
STEP 3: Latihan dan Implementasi
-
Latih semua kakitangan berkaitan
-
Jalankan operasi sebenar mengikut SOP
-
Simpan rekod sebagai bukti pelaksanaan
-
Laksanakan internal audit
-
Buat Management Review
Minimum 3 bulan implementasi biasanya lebih meyakinkan sebelum audit.
STEP 4: Pilih Conformity Assessment Body (CAB)
Pilih CAB berdaftar dengan MDA untuk audit GPDMD. Contoh CAB di Malaysia termasuk:
1. Leader Certification Sdn Bhd
3. Medivice Certification Sdn Bhd
STEP 5: Audit GPDMD
Proses audit biasanya melibatkan:
-
Stage 1 Audit – Semakan dokumentasi
-
Stage 2 Audit – Audit premis & pelaksanaan
Jika terdapat NCR:
-
Laksanakan corrective action
-
Hantar bukti pembetulan
STEP 6: Perolehi Sijil GPDMD
Selepas lulus audit dan NCR ditutup, CAB akan mengeluarkan sijil GPDMD yang sah (biasanya 3 tahun dengan surveillance audit tahunan).
BAHAGIAN 2
LANGKAH PENDAFTARAN MDA ESTABLISHMENT LICENSE
Selepas memperoleh sijil GPDMD, syarikat boleh memohon Establishment License melalui sistem atas talian MDA.
STEP 7: Daftar Akaun MeDC@St
Daftar akaun di sistem MeDC@St:
KLIK LINK DISINI https://medcast.mda.gov.my/admin/user/login
Lengkapkan maklumat:
-
Maklumat syarikat (SSM)
-
Alamat premis
-
Maklumat Person Responsible
-
Maklumat aktiviti (AR / Importer / Distributor)
Maklumat-maklumat lain
STEP 8: Sediakan Dokumen Sokongan
Antara dokumen yang diperlukan:
-
Sijil GPDMD terbaru
Laporan Audit GDPMD
-
SSM Form 9 / Section 17
-
SSM Form 49 / Section 58
-
Maklumat Designated Person (DP)
-
Layout premis
-
Surat pelantikan AR/Distributor/ Importer
STEP 9: Buat Pembayaran Fi
Bayaran bergantung kepada jenis establishment:
-
Authorized Representative
-
Importer
-
Distributor
STEP 10: Semakan & Kelulusan MDA
MDA akan:
-
Semak kelengkapan dokumen
-
Buat penilaian kesesuaian
-
Minta maklumat tambahan jika perlu
Jika tiada isu, lesen akan diluluskan dan boleh dimuat turun melalui sistem.
Untuk pertanyaan lanjut, sila scan QR untuk sesi penerangan one to one.
# GDPMD
#Establishment Lisence
#MDA Malaysia
