PERLAKSANAAN AKTA PERALATAN PERUBATAN 737
Tahukah anda bahawa perlaksanaan penguatkuasaan pendaftaran barangan/ peralatan perubatan sudah bermula sejak dari tahun 2012 lagi?
Perlaksanaan undang-undang baru ini adalah berkuatkuasa pada 1/7/2013 dimana pihak-pihak yang terlibat dengan impot dan pengedaran alatan perubatan dikehendaki mendaftar syarikat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum 1/7/2014, dan mendapatkan lesen syarikat (Establishment License) untuk kebenaran menjual peralatan perubatan.
Setahun selepas tarikh di atas, pihak syarikat yang bertindak sebagai wakil syarikat di Malaysia untuk barangan tertentu, atau pengeluar peralatan perubatan, hendaklah mendaftarkan produk-produk mereka dalam bentuk dokumen-dokumen yang dikehendaki atau dipanggil dengan nama CSDT (Common Submission Dossier Template).
Proses di atas memerlukan beberapa langkah yang perlu difahami dengan teliti oleh pihak syarikat kerana memerlukan kos kewangan yang agak tinggi.
Terdapat kos-kos yang perlu diambil kira dalam perlaksanaan sistem GDPMD dan proses seterusnya, mendaftar peralatan perubatan itu sendiri.
Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut, sila hubungi kami atau ikuti program penerangan percuma kami pada setiap hari Rabu minggu ke-empat setiap bulan. Terdapat sesi pagi dan petang.
Sila hubungi kami :
Ummah Synergy Resources,
49-3-1, Jalan Setia Prima A, U13A,
Seksyen U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 0333624502
Fax: 0333625502
e mail: sales.ummahsynergy@gmail.com
|
Consultation and Training in Medical Devices
Expert in ISO 13485, GDPMD, MDA Regulatory Requirements, CE marking, FDA related and Medical Device Related Requirements