Berita baik kepada semua syarikat milikan bumiputera. MARA (Majlis Amanah Rakyat) telah menyediakan kemudahan untuk syarikat-syarikat bumiputera yang memerlukan pekerja-pekerja diberikan latihan berkaitan kerja dan perlaksanaan syarikat. Latihan-latihan yang dibenarkan: 1. Latihan berkaitan keperluan-keperluan ISO 9001, ISO 14001, ISO 18000 dan seumpamanya. 2. Latihan kemahiran-kemahiran berkaitan perkhidmatan dan barangan yang diniagakan seperti pengurusan stor, pengurusan kewangan dsb, 3. Latihan berkaitan motivasi dan kepimpinan, 4. Latihan-latihan yang memberikan impak kepada perkhidmatan dan pengeluaran syarikat. Syarat-syarat layak: 1. Mestilah syarikat milikan bumiputera. 2. Para pekerja yang dicadangkan perlu dalam caruman KWSP. 3. Peserta sekurang-kurangnya 5 (lima) orang setiap syarikat. 4. Sekurang-kurangnya 25 orang peserta dalam satu program latihan. Pakej latihan (ditanggung): 1. Latihan selama sekurang-kurangnya 2 hari satu malam atau 3 hari dua malam. 2. Penginapan disediakan berhampiran tempat kursus (hotel). 3. Makan dan minum (pagi, tengahari dan petang) . 4. Barangan latihan. Perkara tidak ditanggung: 1. Kenderaan untuk pergi dan balik tempat kursus. 2. Kos “parking” , minyak dan tol. SILA HUBUNGI 017-2130501 - AZRIN untuk penerangan selanjutnya. | * |
Consultation and Training in Medical Devices
Expert in ISO 13485, GDPMD, MDA Regulatory Requirements, CE marking, FDA related and Medical Device Related Requirements