Tahukah anda bahawa sistem ISO 9001 boleh diperolehi dalam masa yang singkat jika anda tahu caranya?
ISO 9001 adalah sistem pengurusan berkualiti yang menekankan keperluan memenuhi spesifikasi dari manual ISO 9001 terbaru dan implementasi sistem yang telah dibuat. Selain itu, keperluan juga adalah untuk sistem itu di audit oleh pihak ketiga atau dinamakan badan persijilan yang terpilih.
Sistem ISO 9001 adalah sebenarnya, sistem tambahan yang membantu memperbaiki sistem syarikat sedia-ada supaya mengikut satu "acuan" perlaksanaan sistem syarikat yang menyamai standard syarikat-syarikat ber ISO yang lain dan dengan ini membuatkan pengurusan menjadi seragam dan mudah dikawal selia.
Sistem-sistem yang dibentuk akan menyebabkan secara tidak langsung:
a. Kawalan kualiti kerja
b. Pematuhan kepada keperluan pelanggan
c. Penambahbaikan berlaku dalam operasi syarikat
d. Pengenal pastian masalah-masalah dalam syarikat dan mendapatkan cara-cara penyelesaian
e. Peningkatan kualiti kerja kepada pekerja-pekerja syarikat
f. Peningkatan kesedaran kepada keperluan kepuasan pelanggan
Sistem ISO 9001 adalah sangat berguna dalam jangka masa panjang dalam menjadikan perubahan-perubahan positif dan pemantauan kepada keperluan pembaikan dalam mutu sistem sesuatu syarikat yang akhirnya akan dapat membantu peningkatan kualiti barangan dan juga perkhidmatan.
Di bawah adalah skop manual ISO 9001:2008
Syarikat anda perlukan persijilan ISO 9001? Sila hubungi kami 03-7832 3502 Ummah Synergy Resource, TTDI Jaya, Shah Alam.